sama2 kita fikir sejenak dalam bersahabt...bagi aku sahabt lebih penting dari kekasih.....think it n coment ok!
(1) Kenalan
Orang yang sudah dikenali. Mungkin kita hanya kenal nama, umur, pekerjaan, latar belakang dirinya & beberapa perkara umum yg lain pada seseorang kenalan. Akan tetapi, dalam sesuatu perhubungan tidak begitu rapat. Mungkin hanya sekadar bertegur-sapa, bertanya khabar apabila bertemu tetapi tidak di luar batasan waktu iaitu pada lingkungan masa itu sahaja serta tidak termasuk waktu peribadi seseorang.
(2) Teman/Sahabat/Kawan
Terdiri daripada 2 kategori:-
- (a) Teman/Sahabat/Kawan Biasa
- ('b) Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa
Di antara ciri-ciri Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa:-
- Insan yang paling dekat untuk kita luahkan perasaan suka dan duka.
- Insan yang memahami diri kita, perasaan & kehendak kita.
- Insan yang jujur & ikhlas melakukan sesuatu yang termampu & terbaik pada kita (contoh, membantu kita) tanpa syarat & mengharapkan balasan daripada kita.
- Insan yang membela & menutup aib/kesalahan/kesilapan kita pada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur & menasihati kita di belakang mereka.
- Insan yang menerima diri kita samada baik & buruk tanpa sebarang syarat & alasan.
- Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran & wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya & menggadai nyawanya kerana kita.
- Insan yang jujur & sabar dalam menegur, menegah & menasihati kita daripada melakukan perkara2 yang buruk & yang dilarang oleh agama.
- Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat & pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat & menyerah kalah.
- Insan yang dijadikan tempat untuk luahkan segala permasalahan hidup & perasaan kita.
- Insan yang boleh menyimpan rahsia kita & boleh dipercayai tanpa membocorkannya pada orang lain.
- Insan yang menjadi tempat bergurau senda, berhibur & bergelak ketawa bersama kita.
- Insan yang sentiasa menyokong, mengangkat esteem diri & pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
- Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran & pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
- Insan yang sanggup mempertahankan diri kita daripada dirosakkan oleh orang lain walaupun nyawa, harta benda & maruahnya akan menjadi taruhan.
- Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
- Insan yang sentiasa mengingati & merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya.
(3) Kekasih
Tahapnya adalah setaraf & semulia dengan Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa tetapi bezanya sepasang kekasih ialah berlainan gender iaitu seorang lelaki & seorang lagi perempuan. Mereka bercinta & bersatu hati. Mereka berjanji setia & berakhir dengan sebuah perkahwinan. Hubungan paling mulia yang diredhai Allah swt bagi sepasang kekasih adalah melalui ikatan sah iaitu perkahwinan. Selepas berkahwin, mereka akan terus kekal sebagai kekasih & mempunyai anak, cucu serta cicit sehingga ke akhir hayat mereka. Menurut ajaran Islam, apabila mereka mati dalam keadaan beriman kelak, mereka akan ditemukan di dalam syurga & kekal abadi buat selama-lamanya.
Sekarang persoalannya, di mana tahap kita sekarang?
renungilah dari sebuah hadith ini,
Sebuah riwayat daripada Ibnu Abbas bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan yang beliau bertanyakan kepada Rasulullah saw, “Siapakah kawan yang baik kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada kepada Allah swt bila melihatnya & menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat” (Tarmizi)
No comments:
Post a Comment